FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 60 guests online

Pusat Pendidikan Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) PDF Print E-mail

Penubuhan dan Matlamat

REC adalah sebuah sekolah yang telah ditubuhkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH) dan Future Global Network Foundation (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Taman Arowana, Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.  Sekolah yang telah mula beroperasi pada 1 Julai 2010 menerima bantuan dana dari UNHCR selaku penyumbang utama, WADAH sebagai rakan kongsi, manakala Future Global Network Foundation (FGN) dilantik sebagai pengurus projek pendidikan tersebut. Bantuan dana juga diterima daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang. Status mereka sebagai anak-anak pelarian yang berhijrah dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membolehkan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan.

WADAH dan FGN merasa terpanggil untuk membantu menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak tersebut. Sebelum penubuhan REC, anak-anak ini hanya berpeluang mengikuti kelas-kelas pengajian AlQuran serta asas-asas Fardhu Ain di empat madrasah utama di sekitar Seberang Perai di bawah kelolaan FGN melalui bantuan dana Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Murid, Kurikulum dan Tenaga Pengajar

Kini terdapat 100 orang murid (56 lelaki & 44 perempuan) yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun. Mereka sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang lebih formal dan teratur.

Kurikulum yang digunapakai adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran berserta bimbingan dan khidmat nasihat Yayasan Takmir Pendidikan bagi subjek-subjek akademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Sivik dan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

Pencapaian murid-murid amatlah memberangsangkan di mana sebilangan mereka telah mempamerkan kemampuan untuk bersaing dengan murid-murid di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. REC berbangga kerana sebahagian besarnya adalah terhasil daripada kegigihan dan kesabaran 7 orang tenaga pengajar (termasuk seorang Guru Besar) yang terdiri daripada pesara professional dan pesara guru serta yang sudah ada pengalaman mengajar.

Sokongan

REC dipantau oleh barisan Jemaah Pengurusan yang terdiri daripada 14 orang anggota. Sebahagian besarnya adalah ahli-ahli WADAH dan ABIM Pulau Pinang. Setinggi penghargaan buat mereka yang telah banyak menyumbang dari segi masa, tenaga serta ide-ide untuk memastikan kelancaran perjalanan sekolah.

REC juga menjalin kerjasama erat dengan SERI ABIM serta Dalat International School di Pulau Pinang melalui aktiviti bersama termasuklah seminar untuk guru serta aktiviti-aktiviti lawatan dan pertandingan acara sukan di kalangan murid-murid.

Majlis Ulama Rohingya (MUR) juga sentiasa memberi sokongan dan kerjasama melalui program-program ceramah kemasyarakatan mereka dengan menekankan aspek kepentingan pendidikan untuk generasi muda.

Rancangan Masa Depan

WADAH dan FGN kini sedang merancang untuk merealisasikan kurikulum bersepadu di REC mulai Januari 2012, yakni dengan menggunakan kurikulum sekolah-sekolah SERI di bawah Yayasan Takmir

WADAH Pusat dan WADAH Selangor sedang bekerjasama untuk membuka sebuah lagi sekolah REC di Klang mulai Januari 2012.

 

Sekitar Majlis Ihtifal REC yang Pertama pada 15 November 2011