FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 48 guests online

Projek Pendidikan dan Dakwah Masyarakat Islam Rohingya di Malaysia PDF Print E-mail
LATARBELAKANG

Rohingya merupakan kumpulan etnik minoriti Islam yang tinggal di Arakan, barat Myanmar.  Mereka sering dinafikan hak asasi, sehingga sebahagian besar mereka tidak diberikan kerakyatan oleh pemerintah Myanmar.  Mereka tertakluk kepada pelbagai jenis peras ugut seperti terpaksa membayar cukai secara arbitrari, rampasan tanah, meroboh rumah kediaman, pengusiran dan sebagainya.  Mereka digunakan sebagai buruh paksa bagi membina jalan dan bekerja di kem-kem tentera.  Masyarakat Rohingya juga tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam dan mengadakan apa jua majlis yang bercorak keagamaan.  Pemberian Zakat dan penyembelihan binatang qurban juga tidak dibenarkan kerana dikatakan menggugat ekonomi orang ramai di seluruh negara.

Pada tahun 1978 masyarakat Islam Rohingya menghadapi pembunuhan dan pengusiran oleh masyarakat beragama Buddha yang disokong oleh tentera pemerintah.  Akibatnya, beribu-ribu melarikan diri keluar negara - Saudi Arabia, Bangladesh, Thailand, Pakistan dan Malaysia.


PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

Jumlah pelarian di Malaysia kini dianggarkan sebanyak 15,000 orang.  Kebanyakan mereka menetap di 8 buah negeri iaitu Selangor (5,500), Johor (2,500), Pulau Pinang (4,500), Kedah (2,000), Terengganu (350), Kelantan (1,500), Melaka (300), Negeri Sembilan (700). Mereka diiktiraf sebagai pelarian oleh UNHCR.

Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk hidup.  Keadaan mereka amat dhaif. Anak-anak mereka tidak bersekolah oleh kerana tidak memiliki dokumen kelahiran dan sebarang dokumen lain yang sah.
    


MAJLIS ULAMA ROHINGYA

Untuk mengatasi buta huruf di kalangan anak-anak dan bimbang dengan peningkatan jenayah, maksiat, aktiviti mengemis dan terjebak dalam pelbagai gejala sosial di kalangan pelarian Rohingya ini maka satu badan rujukan masyarakat tersebut telah ditubuhkan yang dinamakan Majlis Ulama Rohingya (MUR).  

Penubuhan MUR bertujuan untuk memberikan pendidikan agama, menjalankan kerja-kerja dakwah serta menjaga kebajikan masyarakat Rohingya di negara ini secara amnya.   Majlis tersebut dipimpin oleh Ustaz Muhammad Amin bin Mohamad Kasim dan dibantu oleh sembilan ahli jawatankuasa, yang kesemuanya berpendidikan agama dari kalangan masyarakat Rohingya.  

       Setakat ini MUR telah menubuhkan 3 buah mad-rasah berikut:-

(i)     Warta Baru, Selayang - 25 murid
(ii)    Selayang Baru (Pasar Borong) - 24 murid
(iii)   Klang - 45 murid

MUR telah membuat persiapan untuk menubuhkan 5 buah madrasah di tempat-tempat berikut tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab masalah kewangan:-

(i)     Sungai Petani - 58 murid
(ii)    Prai, Pulau Pinang - 30 murid
(iii)    Kulai, Johor - 74 murid
(iv)   Kota Tinggi, Johor - 25 murid
(v)    Pandang, Johor Bahru - 25 murid
SOKONGAN YANG DITERIMA

       Majlis Ulama Rohingya (MUR) mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada:-

•    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
•    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan
•    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

untuk menjalankan aktiviti dakwah di kalangan masyarakat mereka.
PENGLIBATAN FUTURE GLOBAL NETWORK (FGN) BAGI MEMBANTU MASYARAKAT ROHINGYA DI MALAYSIA

Memandangkan MUR tidak boleh didaftarkan di negara ini maka badan tersebut tidak dapat bergerak untuk   menjalankan pengutipan derma daripada agensi-agensi kerajaan dan juga orang ramai.

Setelah mengkaji rayuan daripada pemimpin MUR dan menyiasat tentang kedudukan mad-rasah-madrasah yang dibina, kedaifan masyarakat Rohingya di negara kita maka Future Global Network (FGN) terpanggil untuk membantu menyelamatkan masyarakat tersebut daripada terperangkap dengan umpanan sumbangan dan bantuan kebajikan daripada para mubaligh agama lain.  

FGN akan fokus untuk mengumpul dana bagi membantu MUR menjaga kebajikan anak-anak masyarakat Rohingya ini dari aspek pendidikan dan dakwah.

BANTUAN KEWANGAN YANG DIPERLUKAN    

Bantuan kewangan yang diperlukan untuk menggerakkan program pendidikan dan dakwah untuk anak-anak masyarakat Rohingya di 8 buah madrasah, di 8 buah negeri yang terbabit, adalah dianggarkan sekitar RM290,000.

Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran elaun guru-guru agama, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sewa asrama untuk madrasah, bil api-air, buku rujukan dan buku tulis, peralatan dan perabot, bantuan pemakanan berkhasiat dan kerja-kerja pemantauan dan dakwah oleh pemimpin-pemimpin MUR dan FGN.
SUMBANGAN

     Agensi Kerajaan, sektor korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan melalui 2 kaedah berikut:-

1. Cek Berpalang atau Money Order atas nama “Future Global Network” dan poskan ke alamat berikut:-

    FUTURE GLOBAL NETWORK (FGN)
    Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
    Kompleks Anjung Rahmat
    Batu 6, Jalan Gombak
    53100 Kuala Lumpur
    
2. Mendepositkan terus ke dalam akaun bank “Future Global Network”.  Butir-butir akaun dan maklumat bank adalah seperti berikut:-

        No. Akaun:     12-113-01-003041-2

        Nama bank:     Bank Islam Malaysia Berhad

        Alamat bank:    Lot 254/255, Jalan Bandar 12
        Taman Melawati
        53100 Kuala Lumpur

        No. Telefon:    03-41077800 / 41076842
   
MATLAMAT

Bantuan yang diterima akan dimanfaatkan bagi menjadikan mereka insan yang berilmu, berakhlak dan bertakwa terhadap kebesaran Allah Subhanahuwataala.  Insya’Allah!

Hadis sahib diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam RadiyaWahu’anhu, dari Rasulullah (SAW), mafhumnya