FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 24 guests online

Projek ‘Infaq CelikAl-Quran’ PDF Print E-mail

ImageFuture Global Network (FGN) mempelawa umat Islam menyertai projek ‘Infaq Celik Al-Quran’ untuk membantu lebih kurang 1000 kanak-kanak pelarian masyarakat Islam Rohingya yang berada di negara ini.

MENGAPA PERLU ‘INFAQ CELIK AL-QURAN’ KEPADA KANAK-KANAK ROHINGYA?

Imagea) Kanak-kanak Rohingya yang menetap di negara kita ini hidup dalam keadaan terlalu dhaif. Mereka tidak dapat memasuki sekolah Kerajaan oleh kerana tidak mempunyai sijil kelahiran dan dokumen yang sah. Sebagai pelarian mereka tidak tergolong dalam kumpulan warganegara asing yang dibenarkan mendaftar di sekolah Kerajaan, selaras dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1966).

(b) Tanpa pengajian Al-Quran dan bimbingan agama akidah kanak-kanak ini akan terancam. 

c) FGN, sebagai pertubuhan yang mendaulatkan Islam, dengan kerjasama beberapa badan dakwah dari kalangan masyarakat Rohingya, telah menggerakkan program pendidikan dan dakwah untuk anak-anak masyarakat pelarian Rohingya di negara ini.  Melalui tarbiyah dan dakwah Islamiah yang disampaikan kita berharap mereka akan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

KEMPEN BULAN MEI DAN JUN 2008

1000 naskah Al-Quran dan Muqaddam diperlukan untuk diagihkan kepada 11 buah madrasah di negara ini – 3 di Pulau Pinang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan dan 3 di Johor.

 

HARGA AL-QURAN DAN MUQADDAM

Melalui tinjauan yang dibuat di Kuala Lumpur, harga senaskah Al-Quran dan senaskah Muqaddam (jenis plastik) adalah seperti berikut:-

 Al-Quran   Muqaddam (jenis plastik)

 *RM10.00 senaskah  *RM15 senaskah

(*)  Lazimnya, pihak pembekal akan memberikan potongan harga bergantung
    kepada jumlah pesanan)

 

CARA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

(a) Pembayaran Melalui Cek Berpalang/Money Order

Para penderma boleh menghantar sumbangan kepada pejabat kami melalui cek berpalang atau money order atas nama ‘Future Global Network’ dan pihak kami akan menguruskan pembelian serta pengantaran ke madrasah-madrasah berkenaan.

       Kos yang ditetapkan adalah seperti berikut:- 

Pilihan Kos (termasuk potongan harga)
 Jumlah Kos Pengurusan dan
Kos Pengangkutan

Infaq  50 naskah 
50 x RM25
(- 5%) 
RM 1188.50 
Terserah kepada
keikhlasan
penderma


Infaq  100 naskah 
100 x RM25
(- 8%)
 
RM 2300.00 
-  sama  -


Infaq  200 naskah  
200 x RM25
(- 10%)
 
RM 4500.00 
      -  sama  -

 

      (b)   Membeli dan Menghantar Sendiri ke Pejabat FGN

Para penderma boleh juga membeli dan menghantar sendiri naskah-
naskah Al-Quran dan Muqaddam ke pejabat FGN di alamat berikut:-

  FUTURE GLOBAL NETWORK (FGN)
  Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
  Kompleks Anjung Rahmat
  Batu 6, Jalan Gombak
  53100 Kuala Lumpur

  Tel: 03-61877020  Faks: 03-61866020
 

PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ghazali Yasin atau Khalid Said di nombor telefon di atas.