FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 40 guests online

REC Klang PDF Print E-mail

ROHINGYA EDUCATION CENTRE (REC) YANG KEDUA TELAH DI BUKA DI BATU BELAH, KLANG SELANGOR

 

LATARBELAKANG


Rohingya merupakan kumpulan etnik minoriti Islam yang tinggal di Arakan, barat Myanmar.  Mereka sering dinafikan hak asasi, sehingga sebahagian besar mereka tidak diberikan kerakyatan oleh pemerintah Myanmar.  Mereka tertakluk kepada pelbagai jenis peras ugut seperti terpaksa membayar cukai secara arbitrari, rampasan tanah, meroboh rumah kediaman, pengusiran dan sebagainya.  Mereka digunakan sebagai buruh paksa bagi membina jalan dan bekerja di kem-kem tentera.  Masyarakat Rohingya juga tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam dan mengadakan apa jua majlis yang bercorak keagamaan.  Pemberian Zakat dan penyembelihan binatang qurban juga tidak dibenarkan kerana dikatakan menggugat ekonomi orang ramai di seluruh negara.


Pada bulan Jun 2012 yang lalu telah berlaku lagi proses pembersihan etnik Rohingya apabila masyarakat Islam Rohingya di Arakan dibunuh dan dan diusir oleh masyarakat beragama Buddha yang disokong oleh tentera pemerintah.  Akibatnya, beribu-ribu melarikan diri keluar negara termasuk Malaysia.

 

PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah membuka sekolah yang ke-2 untuk anak-anak pelarian Rohingya di Malaysia bertempat di Batu Belah, Klang Selangor. Sekolah yang telah mula beroperasi pada Ogos 2012 menerima bantuan dana dari UNHCR selaku penyumbang utama, WADAH sebagai rakan kongsi, manakala Future Global Network Foundation (FGN) dilantik sebagai pengurus projek pendidikan tersebut.  Sekolah Pertama telah mula beroperasi sejak Julai 2010 di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Klang. Status mereka sebagai anak-anak pelarian yang berhijrah dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membolehkan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan.

WADAH dan FGN merasa terpanggil untuk membantu menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak tersebut memandangkan mereka adalah pewaris generasi dan bangsa Rohingya di masa hadapan. Sebelum penubuhan REC, anak-anak ini hanya berpeluang mengikuti kelas-kelas pengajian AlQuran serta asas-asas Fardhu Ain di dua buah madrasah utama di sekitar Klang di bawah kelolaan FGN melalui bantuan dana Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Murid dan Kurikulum

Kini terdapat hampir 100 orang murid yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun yang belajar di REC Klang. Mereka sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang lebih formal dan teratur.

Kurikulum yang digunapakai adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran berserta bimbingan dan khidmat nasihat Yayasan Takmir Pendidikan (agensi pendidikan ABIM) bagi subjek-subjek akademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Sivik dan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.