FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 2 guests online

Projek Rohingya
REC Klang PDF Print E-mail

ROHINGYA EDUCATION CENTRE (REC) YANG KEDUA TELAH DI BUKA DI BATU BELAH, KLANG SELANGOR

 

LATARBELAKANG


Rohingya merupakan kumpulan etnik minoriti Islam yang tinggal di Arakan, barat Myanmar.  Mereka sering dinafikan hak asasi, sehingga sebahagian besar mereka tidak diberikan kerakyatan oleh pemerintah Myanmar.  Mereka tertakluk kepada pelbagai jenis peras ugut seperti terpaksa membayar cukai secara arbitrari, rampasan tanah, meroboh rumah kediaman, pengusiran dan sebagainya.  Mereka digunakan sebagai buruh paksa bagi membina jalan dan bekerja di kem-kem tentera.  Masyarakat Rohingya juga tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam dan mengadakan apa jua majlis yang bercorak keagamaan.  Pemberian Zakat dan penyembelihan binatang qurban juga tidak dibenarkan kerana dikatakan menggugat ekonomi orang ramai di seluruh negara.


Pada bulan Jun 2012 yang lalu telah berlaku lagi proses pembersihan etnik Rohingya apabila masyarakat Islam Rohingya di Arakan dibunuh dan dan diusir oleh masyarakat beragama Buddha yang disokong oleh tentera pemerintah.  Akibatnya, beribu-ribu melarikan diri keluar negara termasuk Malaysia.

 

PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah membuka sekolah yang ke-2 untuk anak-anak pelarian Rohingya di Malaysia bertempat di Batu Belah, Klang Selangor. Sekolah yang telah mula beroperasi pada Ogos 2012 menerima bantuan dana dari UNHCR selaku penyumbang utama, WADAH sebagai rakan kongsi, manakala Future Global Network Foundation (FGN) dilantik sebagai pengurus projek pendidikan tersebut.  Sekolah Pertama telah mula beroperasi sejak Julai 2010 di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Klang. Status mereka sebagai anak-anak pelarian yang berhijrah dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membolehkan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan.

WADAH dan FGN merasa terpanggil untuk membantu menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak tersebut memandangkan mereka adalah pewaris generasi dan bangsa Rohingya di masa hadapan. Sebelum penubuhan REC, anak-anak ini hanya berpeluang mengikuti kelas-kelas pengajian AlQuran serta asas-asas Fardhu Ain di dua buah madrasah utama di sekitar Klang di bawah kelolaan FGN melalui bantuan dana Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Murid dan Kurikulum

Kini terdapat hampir 100 orang murid yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun yang belajar di REC Klang. Mereka sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang lebih formal dan teratur.

Kurikulum yang digunapakai adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran berserta bimbingan dan khidmat nasihat Yayasan Takmir Pendidikan (agensi pendidikan ABIM) bagi subjek-subjek akademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Sivik dan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

 
Pendaftaran Pelajar Rohingya Education Centre (REC), Kelang PDF Print E-mail

Future Global Network Foundation (FGN) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama UNHCR akan membuka Rohingya Education Center (REC) di Kelang bermula Mei 2012.  Ini adalah REC yang kedua yang akan dikendalikan oleh FGN dan WADAH setelah REC pertama dibuka di Pulau Pinang telah berjalan dengan lancar.

Bakal pelajar REC Kelang adalah anak-anak masyarakat Rohingya yang belajar di dua buah madrasah di Kelang iaitu madrasah di Jalan Kapar dan di Meru.  Pelajar yang akan diambil untuk belajar di REC adalah mereka yang berumur antara 7-12 tahun.

Sebagai persiapan untuk pembukaan sekolah tersebut FGN telah mengadakan sesi pendaftaran pelajar pada 15 April 2012 yang lalu di madrasah-madrasah tersebut.

Sesi Pendaftaran Pelajar.  Maklumat pelajar akan diisi dalam borang khas berserta salinan kad UNHCR

Alhamdulillah, 19 pelajar telah dapat didaftarkan di madrasah Jalan Kapar manakala seramai 45 pelajar di madrasah Meru.  Walau bagaimanapun masih ada lagi pelajar yang tidak hadir mendaftarkan diri pada hari tersebut.

 
Lawatan Ke Madrasah Rohingya PDF Print E-mail

Sekitar Lawatan ke Madrasah Rohingya di Kelang, Selangor

Future Global Network Foundation (FGN) dengan kerjasama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyalurkan bantuan kewangan untuk menguruskan perjalanan beberapa buah madrasah untuk anak-anak masyarakat Rohingya di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Di samping mempelajari ilmu Fardhu Ain kanak-kanak ini juga diajar

matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di peringkat asas

Bersempena dengan lawatan ini juga, FGN dan WADAH telah mengadakan perbincangan awal dengan pihak pengurusan madrasah mengenai rancangan membuka sebuah lagi Sekolah Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) dengan kerjasama UNHCR.  REC yang pertama telah dibuka pada tahun 2010 di Pulau Pinang.

Lawatan diketuai Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN (merangkap Naib Presiden WADAH) dan juga turut dihadiri Pimpinan Majlis Ulama Rohingya (MUR) sebuah NGO yang berkerjasama dengan FGN dalam menguruskan perjalanan madrasah iaitu salah satu program di bawah Projek Pendidikan Masyarakat Rohingya di Malaysia.

 
Pusat Pendidikan Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) PDF Print E-mail

Penubuhan dan Matlamat

REC adalah sebuah sekolah yang telah ditubuhkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH) dan Future Global Network Foundation (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Taman Arowana, Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.  Sekolah yang telah mula beroperasi pada 1 Julai 2010 menerima bantuan dana dari UNHCR selaku penyumbang utama, WADAH sebagai rakan kongsi, manakala Future Global Network Foundation (FGN) dilantik sebagai pengurus projek pendidikan tersebut. Bantuan dana juga diterima daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang. Status mereka sebagai anak-anak pelarian yang berhijrah dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membolehkan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan.

WADAH dan FGN merasa terpanggil untuk membantu menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak tersebut. Sebelum penubuhan REC, anak-anak ini hanya berpeluang mengikuti kelas-kelas pengajian AlQuran serta asas-asas Fardhu Ain di empat madrasah utama di sekitar Seberang Perai di bawah kelolaan FGN melalui bantuan dana Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Murid, Kurikulum dan Tenaga Pengajar

Kini terdapat 100 orang murid (56 lelaki & 44 perempuan) yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun. Mereka sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang lebih formal dan teratur.

Kurikulum yang digunapakai adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran berserta bimbingan dan khidmat nasihat Yayasan Takmir Pendidikan bagi subjek-subjek akademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Sivik dan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

Pencapaian murid-murid amatlah memberangsangkan di mana sebilangan mereka telah mempamerkan kemampuan untuk bersaing dengan murid-murid di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. REC berbangga kerana sebahagian besarnya adalah terhasil daripada kegigihan dan kesabaran 7 orang tenaga pengajar (termasuk seorang Guru Besar) yang terdiri daripada pesara professional dan pesara guru serta yang sudah ada pengalaman mengajar.

Sokongan

REC dipantau oleh barisan Jemaah Pengurusan yang terdiri daripada 14 orang anggota. Sebahagian besarnya adalah ahli-ahli WADAH dan ABIM Pulau Pinang. Setinggi penghargaan buat mereka yang telah banyak menyumbang dari segi masa, tenaga serta ide-ide untuk memastikan kelancaran perjalanan sekolah.

REC juga menjalin kerjasama erat dengan SERI ABIM serta Dalat International School di Pulau Pinang melalui aktiviti bersama termasuklah seminar untuk guru serta aktiviti-aktiviti lawatan dan pertandingan acara sukan di kalangan murid-murid.

Majlis Ulama Rohingya (MUR) juga sentiasa memberi sokongan dan kerjasama melalui program-program ceramah kemasyarakatan mereka dengan menekankan aspek kepentingan pendidikan untuk generasi muda.

Rancangan Masa Depan

WADAH dan FGN kini sedang merancang untuk merealisasikan kurikulum bersepadu di REC mulai Januari 2012, yakni dengan menggunakan kurikulum sekolah-sekolah SERI di bawah Yayasan Takmir

WADAH Pusat dan WADAH Selangor sedang bekerjasama untuk membuka sebuah lagi sekolah REC di Klang mulai Januari 2012.

 

Sekitar Majlis Ihtifal REC yang Pertama pada 15 November 2011

 
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Siri -2 PDF Print E-mail

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN UNTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT ROHINGYA DAN MYANMAR MUSLIM

ImageFuture Global Network (FGN) telah berjaya menganjurkan satu lagi kursus untuk pemimpin-pemimpin masyarakat pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang berlangsung pada 27 hingga 29 Jun 2008 di Kompleks Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat, Gombak, Kuala Lumpur.

ImagePeserta terdiri daripada 20 orang yang dipilih dari kalangan guru agama, pendakwah, pemimpin badan-badan dakwah dan kebajikan serta ketua madrasah-madrasah yang diwujudkan untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak masyarakat Rohingya dan Myanmar Muslim dari negeri Johor, Pulau Pinang, Trengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan. 

Tujuan FGN menganjurkan kursus tersebut ialah untuk:

• memberi pendedahan kepada mereka tentang konsep kepimpinan dan sifat-sifat mulia
yang perlu dijadikan amalan pada setiap pemimpin;

• memberi kefahaman tentang konsep asas pengurusan organisasi untuk membolehkan anggota kepimpinan sesebuah pertubuhan menguruskan organisasi dengan cekap dan berkesan serta berupaya menangani krisis, menyelesaikan isu dan permasaalahan yang timbul.

• memperkenalkan konsep perancangan strategik sebagai satu kaedah untuk membolehkan
anggota kepimpinan sesebuah organisasi menyusun misi bagi mencapai visi dan matlamat organisasi.

 

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2