FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 59 guests online

Delegasi FGN ke Turki Memberi Penghormatan Terakhir Kepada Korban Gaza. PDF Print E-mail

Kepimpinan Future Global Network Foundation (FGN) dalam delegasi ke Turki yang diketuai oleh Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah menyertai setengah juta rakyat Turki dalam solat jenazah pada hari Khamis, 3 June 2010 di Istanbul. Jenazah sembilan aktivis keamanan yang dibunuh oleh Israel dalam konvoi ke Gaza telah di bawa ke masjid di Masjid Fatih yang kaya dengan sejarah itu sebaik sahaja selepas autopsi dijalankan  oleh Majlis Perubatan Forensik Turki.

Lapan kali solat telah didirikan  untuk lapan daripada sembilan jenazah tersebut dengan diiringi ceramah ringkas dan laungan gemuruh dalam bahasa Turki yang mengutuk kekejaman Israel. Solat jenazah itu telah disertai oleh beberapa orang menteri dan kenamaan lain termasuk Menteri Tenaga iaitu Taner Yıldız, İstanbul,  Governor Huseyin Avni Mutlu, Datuk Bandar İstanbul, Kadir Topbaş, tokoh pimpinan Felicity Party (SP) iaitu Numan Kurtulmuş and Bülent Yıldırım.

Mereka yang terkorban dalam konvoi keamanan ke Gaza itu ialah Cevdet Kılıçlar (38), Necdet Yıldırım (32), İbrahim Bilgen (61), Ali Heyder Bengi (39), Cengiz Akyüz (41), Cengiz Topçuoğlu (54), Cengiz Songür (47), Fahri Gündüz (43) dan Furkan Doğan yang berusia 19 tahun, warga Turki-Amerika yang baru sahaja berhijrah semula ke Turki iaitu di wilayah Kayseri.

Kebanyakan jenazah dihantar pulang ke kampung halaman mereka untuk disemadikan sebaik-baik selesai solat. Seorang jenazah dikebumikan di Makam Syahid Edirnekepi, di Istanbul. Seorang lagi yang disolatkan di tempat lain iaitu di Masjid Beyazit juga disemadikan di Makam Syahid tersebut.

Menurut Sdr Azam Abdul Rahman, pengalaman menyertai perhimpunan ratusan ribu rakyat Turki untuk memberi penghormatan kepada aktivis-aktivis keamanan yang terkorban dan untuk mengutuk kekejaman Israel amatlah bermakna kerana dapat menyaksikan pengorbanan dan semangat perpaduan yang begitu tinggi terhadap masalah umat Islam di Palestin.

Lawatan ke Turki kali ini adalah bersempena dengan penganjuran Simposium mengenai sumbangan Bediuzzaman Said Nursi anjuran Hayrat Foundation. Turut hadir dalam lawatan ini adalah kempimpinan WADAH, ABIM dan PERKIM.