FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 62 guests online

Workshop on UN Counter Terrorism PDF Print E-mail

Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan salah seorang pembicara dalam ‘Workshop on UN Counter Terrorism’), yang berlangsung di Sultan Hotel, Jakarta pada 18-20 November 2009.  Workshop tersebut anjuran bersama Nahdatul Ulama dan Center on Global Counter-terrorism Cooperation (sebuah NGO berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat

Ahmad Azam menyatakan bahawa terorisme wujud sebagai satu reaksi terhadap ketidakadilan dan sikap prejudis Barat terhadap dunia Islam. Perang yang dilakukan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Iraq, Afghanistan, rampasan bumi Palestin oleh Israel, yang mendapat dokongan Barat, merupakan salah satu contoh yang nyata.

 

Ahmad Azam juga menyarankan bahawa untuk memberi keseimbangan dalam kekuatan global, salah satu pemegang hak veto dalam Majlis Keselamatan PBB harus diwakili kekuatan dunia Islam yang merupakan 25% penduduk dunia keseluruhannya. Perwakilan negara Islam dalam badan tersebut amat penting memandangkan selama ini dunia Islam yang paling rugi dalam perbagai percaturan global. Usaha untuk menyatukan suara dunia Islam melalui OIC juga sejauh ini tidak berkesan kerana suaranya seringkali tidak bersatu.

Beliau mengakui bahawa tidak mudah untuk mewujudkan gagasan seperti itu kerana negara yang berkuasa di Majlis Keselamatan PBB (5 pemilik kuasa veto merupakan pemenang dalam Perang Dunia Kedua) tidak dengan senang hati membagi kekuasaannya pada pihak lain.

Ahmad Azam menyatakan sebuah negara Islam yang paling layak memegang hak veto di PBB, kriteria yang harus dimiliki ialah negara berkenaan haruslah yang mempunyai penduduk Muslim yang ramai, stabil dari segi politik dan mengamalkan system demokrasi.