FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 76 guests online

Perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai GAZA PDF Print E-mail

image

Satu pertemuan telah diatur antara Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman [atas kapasiti  beliau sebagai Pengerusi, Global Peace Mission (GPM)] dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 7 Oktober 2009.

Perbincangan antara kedua tokoh tersebut berkisar mengenai kesulitan yang dialami oleh NGO-NGO Islam dalam penghantaran bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Palestin di Gaza.Satu pendekatan yang strategik dan selamat perlu diatur bagi memastikan bantuan daripada orang ramai supaya dapat disampaikan kepada masyarakat Palestin di Gaza; memandangkan Mesir adalah satu-satunya pintu masuk untuk membawa barang-barang makanan, ubat-ubatan dan keperluan membangun infrastuktur ke Gaza.

Pada 2 September 2009 pihak berkuasa Mesir telah menahan Sdra Azlan Muhammad Sharif [Pengarah, Bantuan Kemanusiaan Global Peace Mission (GPM)]  (selama 3 hari 3 malam).  Azlan dinafikan makanan, didera dan tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa di luar penjara. Azlan mengalami soalsiasat yang keterlaluan dan mendakwa dijalankan dengan pengetahuan dan kerjasama ejen Mossad dan CIA. Beliau hanya dibebaskan selepas campurtangan pihak kedutaan Malaysia di Kaherah. Walaubagaimana pun,  Azlan terus dihantar balik ke Kuala Lumpur dan tidak dibenarkan meneruskan misi bantuan ke Gaza.

image

Ekoran daripada kejadian tersebut kepimpinan GPM telah menghantar Surat Bantahan kepada pihak berkuasa Mesir (melalui kedutaan Mesir di Kuala Lumpur) yang disampaikan oleh delegasi yang diketuai Sdra. Ahmad Azam pada 10 September 2009.

Dalam perjumpaan dengan Tun Dr. Mahathir itu, beliau menyatakan kebimbangan beliau tentang nasib yang akan menimpa rakyat Palestin di Gaza yang terpaksa berdepan musim sejuk akan datang. Pengeboman ke atas Gaza dalam serangan Israel pada Disember 2008 menyebabkan rumah kediaman, sekolah, masjid dan hampir kesemua prasarana asas telah musnah. Selepas tragedi itu, regim Israel telah menjadikan kawalan lebih ketat dan terlalu sukar untuk pertubuhan-pertubuhan membawa bantuan kemanusiaan, bahan binaan atau bekalan untuk pembangunan infrastruktur memasuki Gaza. Kepongan diteruskan, dan keadaan ummat 1½ juta manusia yang ‘dipenjara secara tidak sah’ di Gaza kini berhadapan saat paling getir dalam tempoh 40 tahun penaklukan Israel.

Dr. Mahathir memberitahu bahawa ‘Perdana Global Peace Organisation’, dan ‘Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War’ akan menyokong usaha pasukan hebat yang terdiri para sukarelawan dan aktivis ‘Free Gaza Movement’ dalam penghantaran misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau mempelawa GPM untuk bergabung dalam mereliasasikan misi tersebut.