FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 79 guests online

Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi PDF Print E-mail
Pada  6 & 7 Jun 2009 yang lalu, Hayrat Foundation, sebuah NGO di Turki telah menganjurkan Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi bertemakan "Sistem Pendidikan "Risalah-i-Nur". Seramai 34 orang peserta dari Malaysia yang menyertai Ekspedisi Pendidikan ke Turki telah turut hadir ke Simposium tersebut. Dalam Simposium yang berlangsung selama dua hari itu,  Sdr  Ahmad Azam Abdul  Rahman yang merupakan Pengerusi Future Global Network (FGN) telah mewakili Malaysia untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kepada seluruh hadirin.

Sementara itu, dua tokoh ilmuan Malaysia lain turut dijemput untuk membentangkan kertas kerja mengenai  Bediuzzaman Said Nursi. Wakil pertama, Dr. Fadhullah Jamil yang merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan perwakilan WADAH telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "kesan pemikiran-pemikiran Badiuzzaman dan dakwah ke atas pemuda-pemuda di Malaysia".
Manakala wakil kedua pula adalah Dr Farid Shahran yang merupakan Timbalan Dekan Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah diminta untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "Falsafah Pendidikan Maknawi dan Dini Bediuzzaman : pengajaran untuk Malaysia".
Simposium antarabangsa ini turut melibatkan 21 pembentangan kertas kerja yang dibentangkan oleh beberapa tokoh cendikiawan dari pelbagai Negara.  Antaranya termasuklah Prof Dr Musa Kazim Yilmaz (Turki), Prof Dr Suleyman Osman (Sudan), Prof Dr Talat Muhammed Afifi Salim (Mesir), Dr Mazhar Huseyni (USA), Mehmet Koroglu (German), dan sebagainya.

Siri pembentangan dibahagikan kepada empat sidang utama. Sidang pertama, adalah "Pandangan Badiuzzaman Terhadap Muassasahnya" yang melibatkan lima pembentangan. Beberapa gagasan utama beliau termasuk Konsep Universiti Islam "Madrasatuzzahra'" turut menjadi topik perbincaangan. Dalam pada itu, sidang kedua pula adalah "Kaedah-aedah Pendidikan Rasail An-Nur" yang turut melibatkan lima pembentangan. Kedua-dua sidang tersebut berlangsung pada hari pertama symposium berkenaan.  

Manakala sidang ketiga dan keempat pula telah berlangsung pada hari kedua iaitu pada 7 Jun 2009. Perbincangan untuk sidang ketiga telah difokuskan kepada tajuk "Contoh-Contoh Daripada Pendidikan Rasail An-Nur" yang melibatkan lima pembentangan. Manakala sidang keempat pula telah membawa hadirin kepada perbincangan tentang "Pendidikan Masyarakat Dalam Rasail An-Nur" yang melibatkan enam pembentangan kertas kerja.  

Simposium Badiuzzaman Said Nursi tersebut diakhiri dengan bacaan deklarasi oleh perwakilan dari Turki iaitu Munir Salih dan bacaan Al-Quran dan doa oleh Ustaz Ahmed Semiz.