FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 3 guests online

Hari Anugerah & Kecemerlangan REC PDF Print E-mail

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dua buah Pusat Pendidikan Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) kelolaan FGN telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah dan Kecemerlangan masing-masing iaitu pada 2 November 2013 di REC Pulau Pinang dan 13 November 2013 di REC Klang. Kedua-dua buah REC ini telah mendapat bantuan dana dari UNHCR di samping dana dari Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Persembahan pelajar REC Klang

Tujuan FGN dan pihak pengurusan REC menganjurkan Hari Anugerah & Kecemerlangan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah tamat sesi persekolahan. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar akan membuat pelbagai persembahan untuk dipertontonkan kepada ibubapa dan para jemputan yang hadir. Mereka juga akan menerima sijil tamat persekolahan masing-masing. Manakala pelajar pelajar yang cemerlang akan menerima hadiah mengikut kategori yang ditetapkan seperti matapelajaran terbaik mengikut kelas, kedudukan dalam kelas dan sebagainya. Tokoh pelajar juga diisytiharkan pada hari tersebut.

Pn Nur Azlina Abdul Aziz, Pengarah Pendidikan FGN menyampaikan sijil kepada pelajar

FGN telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak dalam usaha menjayakan REC.  Pada hari tersebut Presiden Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia (MBBY) En Ahmad Redza Khairuddin telah menyerahkan buku kepada Pengerusi Lembaga Pengelola REC yang juga Pengerusi FGN  untuk Pusat Literasi REC. MBBY juga telah menyumbang dana bagi membiayai Pusat Literasi di REC Pulau Pinang dan juga di REC Klang.

Untuk menampung kos pengurusan REC sesi persekolahan 2014 yang akan datang, FGN amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak. Maklumat lanjut, hubungi pejabat FGN di talian 03-61877020

Sumbangan boleh dibuat melalui cek atas nama Future Global Network Foundation atau mendepositkan ke akaun FGN - Bank Islam Malaysia Berhad  No. akaun : 12-113-01-003041-2.