FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 76 guests online

Laporan program
OFFICIAL OPENING OF THE ROHINGYA EDUCATION CENTRE (REC) PDF Print E-mail

The REC was officially opened by Ms. Anna Maria Pelosi who represented the office of UNHCR Malaysia in Kuala Lumpur. The program included speeches function which includes speeches by Ms. Pelosi (representing UNHCR), Mr. Ahmad Azam Abdul Rahman (representing FGN) and Ab. Halim Ismail (representing WADAH). This was followed by a choir session and speeches by the REC students in both English and Malay.  Apart from the parents and local community leaders in the Seberang Perai District, a number of Rohingya community leaders including Ustaz Mohd. Karim Fazal Karim from the Majlis Ulama Rohingya (Council of the Ulamas of the Rohingya in Malaysia), Mr. Abdul Hamid, President of the Rohingya Society of Malaysia (RSM) were also present.

The establishment of  REC was a result of an MOU that was signed between Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) and UNHCR on 26 July 2010.  The MOU seeks to establish collaboration between the two parties in the work of establishing an educational institution for the benefit of the refugee children of the Rohingya community in Seberang Perai Tengah District, Penang.

Besides collaborating with UNHCR, WADAH has also commissioned the Future Global Network Foundation (FGN) to assist in the planning and implementation aspects to ensure the success of the school project.
The project has brought benefit to about 100 children who have no other means of education or avenues for advancement.

The education centre that started since 1 July 2010 is located in Taman Arowana, Permatang Pauh, Penang. Responsibility for teaching and day-to-day management of the centre devolves upon the Penang branch of WADAH.  Ahmad Zaki Abdul Rahman (a retiree and qualified Chartered Accountant) has been appointed Headmaster of REC. At the moment there are six teachers (3 of them retirees) in charge of teaching Bahasa Melayu, English, Mathematics, Science as well as Moral Studies and Civics. Students are also required to be involved in co-curricular activities as well as upkeeping the school premises in order to ensure cleanliness and a healthy environments.  These activities also inculcate a sense of belonging as well as civic consciousness among the students.

 
Delegasi FGN ke Turki Memberi Penghormatan Terakhir Kepada Korban Gaza. PDF Print E-mail

Kepimpinan Future Global Network Foundation (FGN) dalam delegasi ke Turki yang diketuai oleh Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah menyertai setengah juta rakyat Turki dalam solat jenazah pada hari Khamis, 3 June 2010 di Istanbul. Jenazah sembilan aktivis keamanan yang dibunuh oleh Israel dalam konvoi ke Gaza telah di bawa ke masjid di Masjid Fatih yang kaya dengan sejarah itu sebaik sahaja selepas autopsi dijalankan  oleh Majlis Perubatan Forensik Turki.

Lapan kali solat telah didirikan  untuk lapan daripada sembilan jenazah tersebut dengan diiringi ceramah ringkas dan laungan gemuruh dalam bahasa Turki yang mengutuk kekejaman Israel. Solat jenazah itu telah disertai oleh beberapa orang menteri dan kenamaan lain termasuk Menteri Tenaga iaitu Taner Yıldız, İstanbul,  Governor Huseyin Avni Mutlu, Datuk Bandar İstanbul, Kadir Topbaş, tokoh pimpinan Felicity Party (SP) iaitu Numan Kurtulmuş and Bülent Yıldırım.

Mereka yang terkorban dalam konvoi keamanan ke Gaza itu ialah Cevdet Kılıçlar (38), Necdet Yıldırım (32), İbrahim Bilgen (61), Ali Heyder Bengi (39), Cengiz Akyüz (41), Cengiz Topçuoğlu (54), Cengiz Songür (47), Fahri Gündüz (43) dan Furkan Doğan yang berusia 19 tahun, warga Turki-Amerika yang baru sahaja berhijrah semula ke Turki iaitu di wilayah Kayseri.

Kebanyakan jenazah dihantar pulang ke kampung halaman mereka untuk disemadikan sebaik-baik selesai solat. Seorang jenazah dikebumikan di Makam Syahid Edirnekepi, di Istanbul. Seorang lagi yang disolatkan di tempat lain iaitu di Masjid Beyazit juga disemadikan di Makam Syahid tersebut.

Menurut Sdr Azam Abdul Rahman, pengalaman menyertai perhimpunan ratusan ribu rakyat Turki untuk memberi penghormatan kepada aktivis-aktivis keamanan yang terkorban dan untuk mengutuk kekejaman Israel amatlah bermakna kerana dapat menyaksikan pengorbanan dan semangat perpaduan yang begitu tinggi terhadap masalah umat Islam di Palestin.

Lawatan ke Turki kali ini adalah bersempena dengan penganjuran Simposium mengenai sumbangan Bediuzzaman Said Nursi anjuran Hayrat Foundation. Turut hadir dalam lawatan ini adalah kempimpinan WADAH, ABIM dan PERKIM.

 
Sidang dakwah di Khartoum PDF Print E-mail

Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi Future Global Network Foundation diundang menghadiri Sidang Dakwah Afrika di Khartoum, Sudan pada 10 - 11 Februari 2010, anjuran Munazzamat Da’wah Sudan, sebuah badan dakwah yang terkemuka pimpinan Field Marshal (Bersara) Abdul Rahman Suar Dahab (bekas Presiden Sudan).Pada sidang tersebut sdr Ahmad Azam telah sekali lagi dipilih sebagai salah seorang Ahli Pemegang Amanah badan dakwah tersebut bagi tempoh empat tahun (2010-2014). Beliau adalah satu-satunya wakil dari Malaysia dan rantau Asia yang diundang mendudukki badan itu. Sidang Dakwah Afrika itu telah disertai seramai 60 ahli pemegang amanah bagi membincangkan program dakwah Islamiyah di benua Afrika; yang terdiri daripada tokoh-tokoh pendakwah terkemuka dari negara-negara Arab dan Afrika.

Turut diundang sama ialah Abon’go Malik Obama dari Kenya, yang merupakan abang tiri kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama.  Malik juga adalah antara tetamu yang diundang ke majlis Pengisytiharan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Malik, yang bersyukur kerana dipilih oleh Allah ta’ala menjadi seorang Islam ialah anak isteri ayahnya yang pertama dan merupakan anak yang paling tua. Menurut Malik, datuknya adalah di antara generasi awal Islam di Kenya. Beliau agak rapat dengan Presiden Barack Obama. Menurut Malik – beliau menjadi ‘best man’ kepada Barack ketika perkahwinannya dengan Michelle, dan begitu juga sebaliknya ketika beliau berkahwin, Barrack menjadi ‘best man’. Untuk cerita lanjut tentang pertemuan Ahmad Azam dengan Abong’go Malik Obama sila rujuk  <ahmadazam.blogspot.com>

 
Workshop on UN Counter Terrorism PDF Print E-mail

Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan salah seorang pembicara dalam ‘Workshop on UN Counter Terrorism’), yang berlangsung di Sultan Hotel, Jakarta pada 18-20 November 2009.  Workshop tersebut anjuran bersama Nahdatul Ulama dan Center on Global Counter-terrorism Cooperation (sebuah NGO berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat

Ahmad Azam menyatakan bahawa terorisme wujud sebagai satu reaksi terhadap ketidakadilan dan sikap prejudis Barat terhadap dunia Islam. Perang yang dilakukan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Iraq, Afghanistan, rampasan bumi Palestin oleh Israel, yang mendapat dokongan Barat, merupakan salah satu contoh yang nyata.

 

 
Perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai GAZA PDF Print E-mail

image

Satu pertemuan telah diatur antara Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman [atas kapasiti  beliau sebagai Pengerusi, Global Peace Mission (GPM)] dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 7 Oktober 2009.

Perbincangan antara kedua tokoh tersebut berkisar mengenai kesulitan yang dialami oleh NGO-NGO Islam dalam penghantaran bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Palestin di Gaza.Satu pendekatan yang strategik dan selamat perlu diatur bagi memastikan bantuan daripada orang ramai supaya dapat disampaikan kepada masyarakat Palestin di Gaza; memandangkan Mesir adalah satu-satunya pintu masuk untuk membawa barang-barang makanan, ubat-ubatan dan keperluan membangun infrastuktur ke Gaza.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 2 of 8