FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 76 guests online

Laporan program
Kunjungan dari Pemimpin Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) PDF Print E-mail
Sdra. Mohd Farid Hosen, Pengarah Eksekutif dari Cambodian Muslim Intellectual Alliance telah mengunjungi pejabat FGN pada 5 Oktober 2007.  Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman,  mengenai isu-isu yang berhubung dengan pelbagai pendekatan untuk membangun dan mengembangkan pendidikan Islam di kalangan masyarakat Cham, yang digerakkan CMIA di Kemboja.
 
Lawatan Pemimpin Utama Hilal Ahmar (Red Cresent Society) dari Patani/Yala, Selatan Thailand PDF Print E-mail
Sdra Muktar Kila Haji Hsen dan Sdra Iskandar Thamrongsab yang mewakili Hilal Ahmar Selatan Thailand telah berkunjung ke pejabat FGN pada 26 September 2007 dan berbincang dengan Sdra Ahmad Azam Abdul Rahman. Ia turut disertai  pegawai-pegawai FGN.  Perbincangan tertumpu kepada usaha membangunkan masyarakat Islam di Selatan Thai di samping bertukar-tukar pendapat tentang  isu-isu serantau dan antarabangsa.
 
Mesyuarat Penyelarasan Antara Future Global Network (FGN) dan Union of NGOs in Islamic World (UNIW) PDF Print E-mail
Mesyuarat FGN-UNIW  telah diadakan di Bilik Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat pada 8 September 2007.  Ia dipengerusikan oleh Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Future Global Network, merangkap Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti, UNIW.  Antara mereka yang hadir termasuk wakil dari Institute of Bangsamoro Studies - Mindanao, Masyarakat Islam Rohingya dan sebuah NGO Islam dari Trinidad.  Wakil-wakil dari pertubuhan tempatan seperti Wadah, Global Peace Mission, Yayasan Takmir juga turut hadir.

Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan beberapa strategi dan pendekatan untuk meletakkan FGN sebagai sebuah badan yang mampu mendaulatkan gerakan Islam di peringkat global.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 8 of 8