FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 29 guests online

Laporan program
Conference on NATO PDF Print E-mail
CONFERENCE ON NATO
&
ITS POLICIES IN ASIA
5 May 2009
Sime Darby ConventionCentre
Kuala Lumpur, MALAYSIA


- CONFERENCE STATEMENTS -

ImageThe conference on ‘NATO & Its Policies in Asia’ that was held on the 5thh of May 2009 in Kuala Lumpur, Malaysia was a successful event by many standards. The conference was jointly organized by the World Futures Online (an online political Islam portal) and the Future Global Network Foundation (a Malaysian based NGO).

The response was excellent with more than 120 participants, comprising foreign diplomats based in Kuala Lumpur, NGO activists, scholars and students from local institution of higher learning.

The organizers feel that the conference was extremely successful in creating awareness and making it known to the world that NATO is turning into a global entity.  NATO was supposed to be an Atlantic military defense force aimed  at protecting Europe against the expansion of communism from the 1950s to 1980s, but it is now becoming the policemen of the world.
 
Kursus Perancangan Kerjaya dan Kemahiran Hidup untuk Belia Rohingya PDF Print E-mail

ImageFGN telah berjaya menganjurkan ‘Kursus Perancangan Kerjaya dan Kemahiran Hidup untuk Belia Masyarakat Rohingya’ pada 27 hingga 29 Mac 2009 bertempat di Bilik Seminar, Blok Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat, Gombak.  Seramai 25 orang peserta di kalangan belia Rohingya di sekitar Wilayah Persekutuan dan  Selangor dipilih untuk mengikuti kursus tersebut. Y. Bhg Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd. Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan  Majlis Perasmian pada 28 Mac 2009. Manakala Ybhg Dato’ Haji Mustafa Abdul Rahman, Pengerusi PPZ Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyempurnakan  Majlis Penutup pada 29 Mac 2009.

Kursus ini adalah sebahagian daripada program dakwah untuk menanamkan semangat keimanan dan ketaqwaan kepada belia Rohingya yang berumur antara 16 hingga 25 tahun. 

ImageDalam kursus ini mereka diajak untuk menginsafi kedhaifan bangsa Rohingya hari ini dan memikirkan jalan yang penuh dengan cabaran yang mereka akan tempuhi.  Untuk ‘survival’ mereka perlu tahu meletak sasaran matlamat, mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menguruskan masa dengan cekap, memiliki kemahiran sosial, pengurusan kewangan yang baik dan berkeupayaan untuk menguruskan krisis.

Kursus selama 3 hari 2 malam ini akan dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman selaku Master Trainer dan akan dibantu oleh beberapa orang fasilitator.

Antara tajuk yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:-

1)    Senario Masyarakat Rohingya dan Umat Islam – Satu Analisis

2)    Analisis Kendiri & Pembentukan Jatidiri

3)    Pembangunan Masa Depan dan Kemahiran Hidup

4)    Pembinaan Generasi Salahuddin Al-Ayubi

5)    Membina Kekuatan Belia Untuk Memperkasakan Bangsa Rohingya

ImageSelain daripada ceramah, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengupas beberapa isu yang melibatkan perancangan kerjaya dan mengenalpasti ruang dan peluang bagi memilih kemahiran yang sesuai mereka ceburi untuk pembangunan masa depan dan keluarga. Sesi pembentangan akan diadakan selepas setiap perbincangan kumpulan.

 
Mesyuarat Ahli Majlis UNIW PDF Print E-mail

Image

Pengerusi Future Global Network Foundation (FGN), Haji Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) telah menghadiri mesyuarat Ahli Majlis UNIW yang diadakan di Casablanca, Morocco pada 27 Februari - 2 Mac 2009.  NGO yang menjadi 'tuan rumah' kepada mesyuarat kali ini ialah Mehdi Ben Abboud Foundation for Research, Studies and Information di bawah pimpinan Dr Abdelfattah Fehdi.

Image

Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Agung UNIW, Necmi SADIKOGLU.  Wakil Malaysia yang turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah Haji Abdul Halim Ismail, Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Semasa berada di Morocco, Haji Ahmad Azam juga turut sempat mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Duta Malaysia ke Morocco, Dato' Othman Samin.

 
MAJLIS JALSAH PDF Print E-mail
   

Pengelola Madrasahtul Muhajirin Taman Senangin, Perai, Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Jalsah pada 27 Januari 2009. Jalsah merupakan kenduri besar yang diadakan setahun sekali mengikut tradisi masyarakat Rohingya.

 
 

Lebih kurang 1500 orang masyarakat pelarian Rohingya yang tinggal di sekitar Perai, Bagan Dalam dan Bagan Ajam telah menghadiri majlis tersebut.  Disamping itu, ramai juga alim ulamak Rohingya turut hadir dan mereka menyampaikan doa selamat dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.  Tujuannya ialah untuk mendapat perlindungan, rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

 
 

Pihak pengelola majlis tidak ketinggalan mengundang pemimpin-pemimpin dan jiran dari kalangan masyarakat tempatan.

 
 

FGN diwakili oleh Sdra Ghazali Yasin (Pengarah Projek) dan Sdra. Mohd. Aziz Manas (Pegawai Eksekutif).

 
 
SIMPOSIUM NUQABA’ 2009 ANJURAN KOLEJ MARA BANTING PDF Print E-mail
   

Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN, telah diundang untuk menjadi ‘Master Trainer’ di Simposium Nuqaba’ 1009 anjuran Kolej Mara Banting, Selangor Darul Ehsan yang berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2009 di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

 
 
 

Image
Environmental Scanning - Analisis Isu-isu semasa peringkat global

Program tersebut, yang dihadiri lebih daripada 100 orang pelajar baru Kolej Mara Banting, merupakan pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan SPM - dipilih oleh Kerajaan mengikuti kursus persediaan di kolej tersebut  sebelum dihantar keluar negara untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang professional seperti kedoktoran, kejuruteraan, sains aktuari, biosains, teknologi maklumat dan sebagainya. 

  

Dalam penyampaian ceramah, Tuan Haji Ahmad Azam, antara lain, menekankan  keperluan berdakwah bagi membina jamaah yang berkesan.  Pendakwah katanya, perlu memahami realiti politik semasa sama ada di peringkat serantau mahu pun global.  Peserta juga diingatkan tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai individu Muslim di dunia ini bagi menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.

 
 

Perbincangan secara berkumpulan juga diadakan - menekankan semangat berpasukan, mengenali diri melalui kaedah ‘Kompas Personaliti Seimbang’, ‘Carta Kehidupan’ dan ‘SWOT analysis’.  Selain daripada itu, mereka juga diberi kefahaman tentang  penyelesaian masaalah mengikut kaedah ‘Thinking Outside the Box’.

  

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu bertujuan untuk memupuk  kekuatan spiritual anak-anak pintar ini supaya mereka, yang suatu masa nanti menjadi individu penting dalam organisasi atau masyarakat - akan menjadi insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik malah mampu melibatkan diri dalam bidang dakwah untuk memperkasakan Islam.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 5 of 8