FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 49 guests online

Laporan program
Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi PDF Print E-mail
Pada  6 & 7 Jun 2009 yang lalu, Hayrat Foundation, sebuah NGO di Turki telah menganjurkan Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi bertemakan "Sistem Pendidikan "Risalah-i-Nur". Seramai 34 orang peserta dari Malaysia yang menyertai Ekspedisi Pendidikan ke Turki telah turut hadir ke Simposium tersebut. Dalam Simposium yang berlangsung selama dua hari itu,  Sdr  Ahmad Azam Abdul  Rahman yang merupakan Pengerusi Future Global Network (FGN) telah mewakili Malaysia untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kepada seluruh hadirin.

Sementara itu, dua tokoh ilmuan Malaysia lain turut dijemput untuk membentangkan kertas kerja mengenai  Bediuzzaman Said Nursi. Wakil pertama, Dr. Fadhullah Jamil yang merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan perwakilan WADAH telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "kesan pemikiran-pemikiran Badiuzzaman dan dakwah ke atas pemuda-pemuda di Malaysia".
 
Ekspedisi Pendidikan ke Turki PDF Print E-mail

Sultan Muhammad Al-Fatih Penakluk Konstantinopel

ImagePada 28 Mei - 8 Jun 2009 yang lalu,  satu Ekspedisi Pendidikan Antarabangsa ke Turki telah dianggotai oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia antaranya termasuklah Future Global Network Foundation (FGN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission Malaysia, Yayasan Takmir Pendidikan, dan Yayasan Islam Hadhari.

Ekspedisi ini dianjurkan bersempena dengan Mesyuarat Agung Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) dan juga Seminar Antarabangsa mengenai Palestin serta Simposium Antarabangsa mengenai Bediuzzaman Said Nursi anjuran  Hyrat Foundation, sebuah NGO di Turki.
 
Pengerusi FGN Kekalkan Jawatan Ahli Majlis UNIW PDF Print E-mail
Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-3 di ibupejabat Ansar Foundation, Istanbul Turki pada 1 Jun 2009 yang lalu.  Mesyuarat Agung  telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung UNIW, Necmi Sadikoglu.  Hampir semua pimpinan 130 NGO yang menjadi ahli UNIW telah hadir.

Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan tahun pemilihan di mana sdr Ahmad Azam telah mengekalkan jawatanya sebagai Ahli Majlis dan juga Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti.  Jawatan Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung juga kekal kepada penyandangnya iaitu Necmi Sadikoglu dan Dr Ali Kurt, kedua-duanya dari Turki.

Beberapa ketetapan dan penilaian terdapat aktiviti yang dijalankan telah dipersetujui demi memantapkan halatuju untuk masa tiga tahun akan datang. Beberapa buah NGO dari Turki, Sudan, Cameroon, Bangladesh, Sri Lanka, Iraq, Lebanon, Pakistan, Syria, Mauritania, Sierra Leone, Chad, Britain, Burkina Faso dan  Morocco telah diterima menjadi ahli baru UNIW pada mesyuarat kali ini.
 
Simposium Antarabangsa Palestin sempena Mesyuarat Agung UNIW di Istanbul, Turki PDF Print E-mail
Simposium Antarabangsa Palestin anjuran Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) pada 30 – 31 Mei 2009 yang lalu telah menampilkan pelbagai tokoh Islam antarabangsa dari pelbagai negara sebagai usaha untuk mencari solusi jangka panjang terhadap krisis yang berlaku di rantau berkenaan.  Apa yang menarik, Simposium berkenaan  telah mengiktiraf ketokohan beberapa pemimpin NGO Islam di Malaysia apabila mereka dijemput oleh pihak penganjur untuk membentangkan kertas kerja.

Wakil UNIW di Malaysia merangkap Ahli Majlis UNIW, Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman antara wakil Malaysia yang dijemput untuk berkongsi idea bersama puluhan NGO Islam dari seluruh dunia. Beliau yang sebelum ini pernah membentangkan kertas kerja berkenaan isu "Islamphobia" pada tahun 2008 yang lalu, turut diberi penghormatan untuk memberikan ucaptama dalam simposium berkenaan. Sdr Ahmad Azam aktif bersuara dalam isu-isu yang melibatkan persoalan antarabangsa menerusi platform Future Global Network Foundation (FGN).
 
Lawatan UNIW ke Vietnam & Kemboja PDF Print E-mail

 

LAPORAN TENTANG MISI
SURUHANJAYA SOSIAL, KEMANUSIAAN DAN PERPADUAN,
UNION OF NGOs OF THE ISLAMIC WORLD (UNIW)
KE VIETNAM DAN KEMBOJA




Image
di hadapan National Museum di Chi Minh City
Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, selaku Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Perpaduan, Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) telah mengetuai misi lawatan ke Vietnam dan Kemboja pada 25 hingga 29 April 2009. 

Turut serta menghantar wakil dalam misi tersebut ialah 6 buah NGO - ahli UNIW dari Malaysia - iaitu FGN, ABIM, WADAH, GPM, PKPIM dan YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN.  PERKIM, INSTITUT ISLAM HADHARI dan HAYRAT FOUNDATION TURKEY (di Malaysia) juga turut menghantar wakil dalam misi tersebut.

Objektif utama misi tersebut ialah untuk:-

(a)    bertaaruf dan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan pemimpin-pemimpin  masyarakat Islam di Vietnam dan Kemboja;

(b)    menghulurkan bantuan kemanusiaan (wang dan beras) kepada golongan masyarakat Islam yang miskin tegar;

(c)    memperkenalkan UNIW kepada pemimpin Islam peringkat nasional dan setempat;
(d)    mengenalpasti NGO-NGO di kedua buah negara untuk dipelawa menjadi ahli UNIW.  


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 4 of 8