FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 24 guests online

Laporan program
Sukarelawan FGN Rancang Program Dakwah di Kemboja PDF Print E-mail

Dua sukarelawan FGN, yang merupakan hafiz al-Quran - Saiful Islam (lulusan Darul Quran, JAKIM) dan Uwais Al Qornya (lulusan ‘Quran Expert Certificate’ dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu) telah melawat Kemboja pada 17 hingga 24 Oktober 2009 untuk membuat tinjauan awal bagi merancang program dan aktiviti-aktiviti dakwah; khususnya di penempatan Melayu-Islam-Champa.  

Masyarakat Melayu-Champa merupakan 3% daripada jumlah penduduk Kemboja. Mereka tercicir dari arus pembangunan dan hidup dalam kemiskinan tegar.  Anak-anak mereka (terutama yang tinggal di kawasan pendalaman) boleh dikatakan rata-rata tidak  bersekolah dan tidak menerima pendidikan formal (termasuk pengajian al-Quran dan Fardu Ain).

Program kedua pendakwah muda ini semasa di Kemboja diatur dengan kerjasama Ustaz Mohd. Farid Hosen, Pengarah Eksekutif, Cambodia Muslim Intellectual Alliance (CMIA).

Untuk menjayakan ‘Program Dakwah di Kemboja’ ini bantuan kewangan dari Muslimin dan Muslimat amatlah dialu-alukan.  Sesiapa yang berhajat menyumbang bolehlah menghantar cek atas nama “Future Global Network Foundation” (untuk pertanyaan sila hubungi pejabat FGN di talian 03-61877020.

Program seumpama ini akan membolehkan kedua sukarelawan dan pendakwah muda ini memimpin beberapa rakan-rakan pendakwah yang lain menjalankan tanggungjawab mendekatkan golongan yang dhaif ilmu ini ke jalan Allah s.w.t.  Tugas pendakwah ini amat besar ertinya – seperti firman Allah s.w.t surah Yusuf (ayat 105) yang bermaksud “Katakanlah wahai Muhammad ini sahaja jalanku, aku menyeru menuju Allah.”

 
Sumbangan Makanan & Pakaian kepada Masyarakat Rohingya PDF Print E-mail

Pada bulan Ramadan yang lepas, FGN turut menyumbang barang-barang keperluan makanan dan pakaian terpakai (sumbangan rakan-rakan dan orang ramai) kepada 5 buah madrasah di Lembah Klang yang berada di bawah naungan FGN.  

Masyarakat pelarian Islam Rohingya yang majoriti mereka tinggal di penempatan setinggan (sekitar Lembah Klang dan di negeri-negeri lain di Semenanjung) amat memerlukan bantuan ehsan daripada Muslimin dan Muslimat.  Mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menyara hidup sekeluarga. Tenaga mereka sering diekploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat Rohingya berada di negara kita oleh kerana mereka tidak bernegara (stateless). Rohingya, yang merupakan penduduk asal di wilayah Arakan, Myanmar, di  diusir dari negara mereka oleh junta Myanmar. Malaysia adalah salah satu negara yang terpaksa menerima lambakan kedatangan masyarakat Rohingya.  

Sungguhpun kisah kekejaman, diskriminasi dan permasaalahan masyarakat Rohingya ini menjadi isu antarabangsa dan dibincangkan di peringkat Bangsa-bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan ASEAN, namun sehingga kini masih belum nampak tanda-tanda penyelesaian politik dicapai untuk menerima pelarian masyarakat Rohingya ini kembali ke tanah air mereka di Myanmar dan diterima sebagai warganegara yang sah.

 
Lawatan ke Madrasah Rohingya di Pulau Pinang PDF Print E-mail

Kepimpinan FGN yang dipimpin oleh Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke dua buah madrasah Rohingya (yang berada di bawah naungan FGN) di Pulau Pinang pada 23 Oktober 2009. Tujuan lawatan ialah untuk memantau dan melihat sendiri perkembangan dan kemajuan yang dicapai setakat ini.

Madrasah Darul Quran terletak di Jalan Baru, Bukit Mertajam, manakala Madrasatul Muhajirin berada di Taman Senangin, Perai.  Sumbangan dana untuk pembiayaan sewa bangunan madrasah dan elaun guru disalurkan melalui FGN oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Ahmad Azam berpuashati dengan kemajuan yang dicapai di kedua madrasah tersebut – terutamanya di Madrasah Darul Quran,   Jalan Baru, Bukit Mertajam di mana hampir kesemua murid yang berumur dalam lingkungan 8 – 14 tahun (jumlah murid 28 orang) di bawah pimpinan Ustaz Innamullah Haq bin Mohd. Hussain dapat menghafal surah Yassin dan boleh membaca al-Quran dalam tempoh 6 bulan sahaja.  

Ustaz Innamullah Haq, yang memiliki ijazah dari sebuah pusat pengajian tinggi di Bangladesh, menggunakan ‘Kaedah Nurani’ yang membolehkan murid mengenal huruf dan membaca mengikut tajwid dengan betul.  

Manakala di Madrasatul Muhajirin, Perai – madrasah beruntung mendapat seorang guru tempatan (Syed Ghazali) yang menawarkan diri mengajar matapelajaran akademik seperti bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Matematik.

 
Lawatan Pen Setiausaha Agung UNIW ke Malaysia PDF Print E-mail

Encik Ali Kurt, Penolong Setiausaha Agung, Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) telah mengadakan lawatan ke Malaysia daripada 20 Oktober 2009 hingga 27 Oktober 2009.  Semasa berada di sini, Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman yang merupakan Ahli Majlis UNIW, sempat mengaturkan perjumpaan dengan kalangan pemimpin-pemimpin NGO Islam yang telah menjadi ahli UNIW - Future Global Network Foundation (FGN), Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission (GPM) dan Yayasan Takmir – bagi membincangkan pelbagai isu dan permasaalahan umat Islam di peringkat serantau dan global.

Pada masa yang sama, Ali Kurt juga melaporkan tentang kemajuan dan perkembangan politik serta ekonomi negara Turki masakini yang begitu memberansangkan di bawah kepimpinan tokoh Islam - Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Erdogan.

Selain daripada itu, Sdra Ali Kurt dan Sdra Ahmad Azam juga telah berbincang tentang persiapan Mesyuarat Lembaga UNIW yang berkemungkinan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan April 2010.

 
Sumbangan Pakaian untuk Kemboja PDF Print E-mail

Alhamdulillah, Future Global Network Foundation (FGN) telah berjaya mengumpulkan pakaian sumbangan daripada orang ramai dan telah  dihantar kepada masyarakat Champa di Kemboja. Usaha FGN ini terbit daripada rayuan yang diterima dari sebuah NGO di Kemboja iaitu ’Cambodia Muslim Intellectual Alliance (CMIA)’. Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada sdr Mohd. Farid Hosen, wakil CMIA.

Untuk tujuan tersebut, FGN telah mendapat kerjasama daripada MASKargo untuk menghantar secara percuma 12 kotak pakaian yang terdiri dari baju Melayu, baju Kurung dan juga pakaian untuk kanak-kanak.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 3 of 8