FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 19 guests online

Laporan program
Sesi Persekolahan 2014 PDF Print E-mail

Alhamdulillah, Rohingya Education Centre (REC) yang diuruskendali oleh FGN telah memulakan sesi persekolahan pada 6 Januari 2014 di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan 13 Januari 2014 di Batu Belah, Klang, Selangor.

Pertambahan pelajar baru secara mendadak di kedua-dua buah sekolah telah memberikan cabaran yang hebat kepada pihak FGN dan pentadbiran sekolah. Walaupun dalam keadaan kelas yg agak sesak FGN tetap menerima pelajar-pelajar baru tersebut memandangkan mereka mempunyai kesedaran dan keinginan yang luar biasa untuk menuntut ilmu.

Pada masa ini FGN sedang berusaha untuk menambah bilik darjah dan juga tenaga pengajar bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut dapat belajar dengan selesa seterusnya mencapai cita-cita mereka untuk menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran. Apa yang lebih penting ialah pelajar-pelajar di REC akan dididik supaya menjadi pemimpin di masa hadapan untuk memperjuangkan nasib bangsa Rohingya.

Sehubungan itu FGN berbesar hati untuk menerima sebarang sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin untuk sama-sama membantu anak-anak pelarian Rohingya merealisasikan cita-cita mereka. Sumbangan kewangan boleh lah didepositkan terus ke akaun Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan, Bank Islam Malaysia Berhad 12 113010048535 atau hubungi kami di talian +603-61877020

 
Hari Anugerah & Kecemerlangan REC PDF Print E-mail

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dua buah Pusat Pendidikan Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) kelolaan FGN telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah dan Kecemerlangan masing-masing iaitu pada 2 November 2013 di REC Pulau Pinang dan 13 November 2013 di REC Klang. Kedua-dua buah REC ini telah mendapat bantuan dana dari UNHCR di samping dana dari Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Persembahan pelajar REC Klang

Tujuan FGN dan pihak pengurusan REC menganjurkan Hari Anugerah & Kecemerlangan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah tamat sesi persekolahan. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar akan membuat pelbagai persembahan untuk dipertontonkan kepada ibubapa dan para jemputan yang hadir. Mereka juga akan menerima sijil tamat persekolahan masing-masing. Manakala pelajar pelajar yang cemerlang akan menerima hadiah mengikut kategori yang ditetapkan seperti matapelajaran terbaik mengikut kelas, kedudukan dalam kelas dan sebagainya. Tokoh pelajar juga diisytiharkan pada hari tersebut.

Pn Nur Azlina Abdul Aziz, Pengarah Pendidikan FGN menyampaikan sijil kepada pelajar

FGN telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak dalam usaha menjayakan REC.  Pada hari tersebut Presiden Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia (MBBY) En Ahmad Redza Khairuddin telah menyerahkan buku kepada Pengerusi Lembaga Pengelola REC yang juga Pengerusi FGN  untuk Pusat Literasi REC. MBBY juga telah menyumbang dana bagi membiayai Pusat Literasi di REC Pulau Pinang dan juga di REC Klang.

Untuk menampung kos pengurusan REC sesi persekolahan 2014 yang akan datang, FGN amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak. Maklumat lanjut, hubungi pejabat FGN di talian 03-61877020

Sumbangan boleh dibuat melalui cek atas nama Future Global Network Foundation atau mendepositkan ke akaun FGN - Bank Islam Malaysia Berhad  No. akaun : 12-113-01-003041-2.

 
Majlis Khatam Al-Quran Perdana PDF Print E-mail

Adik Askadavi Muhammad Abdul Ghani, Johan Tilawah Al-Quran

Pada 5hb Februari 2012 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Perdana untuk kanak-kanak Kemboja di Masjid Nurul Naim, Phnom Penh.  500 orang kanak-kanak dari pelbagai wilayah Kemboja telah mengambil bahagian. Majlis ini dianjurkan bersempena dengan program Ziarah Ukhuwwah Fil `Amal ke Kemboja anjuran Global Peace Mission Malaysia (GPM) dengan kerjasama Future Global Network (FGN) dan Open Universiti Malaysia (OUM) serta Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) sebuah NGO tempatan yang menjadi rakan pelaksana kepada program-program anjuran GPM di Kemboja.  Di samping khatam al-Quran, diadakan juga majlis tilawah, hafazan dan syarahan agama untuk kategori lelaki dan perempuan sebagai satu usaha untuk menggilap potensi mereka yang mengambil bahagian. Setelah melihat sendiri penyertaan mereka ternyata kanak-kanak ini mempunyai bakat yang besar untuk berjaya jika diberikan peluang dan bimbingan.

Laporan Bicara Agama - Akhabr Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

 

 
Penyerahan Al-Quran & Terjemahan Bahasa Khmer kepada Pelajar PDF Print E-mail

Phnom Penh, 4 Februari 2012. Future Global Network Foundation (FGN) sebagai rakan pelaksana kepada Global Peace Mission (GPM) untuk program pendidikan di Kemboja telah berjaya mengedarkan 500 naskhah A-Quran & Terjemahan dalam bahasa Khmer kepada pelajar-pelajar di Pusat Pengajian Ummul Qura sempena Ziarah Ukhuwwah Fil `Amal ke Kemboja.

Masyarakat Khmer di Kemboja ketika ini merupakan bangsa majoriti (95%).  Peluang untuk mereka mendalami ilmu Islam dari sumber Quran dan Sunah pula adalah kecil.  Oleh itu, terjemahan al-Quran di dalam bahasa Khmer adalah diharapkan dapat membantu menyebarkan ajaran Islam.  Sekiranya langkah ini tidak diambil, adalah dikhuatiri akan tertanam sikap prejudis terhadap Islam seperti yang berlaku di negara barat sekarang.

Cetakan Al-Quran ini adalah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin melalui kempen Infaq Ramadhan Al-Quran dan Muqaddam untuk Kemboja yang dilancarkan oleh GPM pada Ramadhan 1432H yang lalu.  Kepada para penyumbang, terima kasih daun keladi...

 

 
INFAQ RAMADHAN 1432H PDF Print E-mail

Liputan Akhbar 4 Oktober 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak"

Al-Hadid ayat 18

Masyarakat Islam Kemboja sememang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Saban tahun pelbagai program dirancang dan dilaksanakan di negara itu terutama yang membabitkan hal berkaitan agama dan misi kemanusiaan. Kini masyarakat Islam Kemboja kembali berkembang. Jumlah mereka meningkat kepada 600,000 daripada keseluruhan 15 juta penduduk Kemboja. Majoriti daripada masyarakat Islam di negara itu adalah etnik Melayu Champa. Selain menggunakan bahasa Khmer yang merupakan bahasa kebangsaan, pertuturan harian mereka turut menggunakan bahasa Melayu Champa.  Disebabkan mereka adalah golongan minoriti, ditambah pula dengan persekitaran politik di Kemboja yang kurang stabil, kehidupan masyarakat Islam di negara itu agak sukar.

Sehubungan itu, pada 10-12 Ramadhan 1432H / 10-12 Ogos 2011 yang lalu, delegasi 8 orang yang diketuai oleh Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dari Global Peace Mission Malaysia (GPM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network Foundation (FGN) telah berlepas ke Kemboja dengan membawa Infaq Ramadhan iaitu dana untuk mencetak Muqaddam dan Al-Quran terjemahan dalam bahasa Khmer dan Cham serta bayaran fidyah, aqiqah dan duit raya yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Pengedaran Muqaddam dan lain-lain program telah berjaya dilaksanakan  dengan kerjasama sebuah NGO tempatan iaitu Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA).

Sekitar Majlis Penyerahan Muqaddam kepada kanak-kanak Kemboja

Jelas terpancar keceriaan di setiap wajah mereka apabila menerima senaskhah Muqaddam. Telah lama mereka bercita-cita memiliki muqaddam sendiri. Selama ini mereka bergantung kepada ihsan ustaz yang mengajar melalui kaedah hafalan kerana tiada teks. Alhamdulillah, menerusi kempen Infaq Ramadhan – Muqaddam untuk Kemboja anjuran Global Peace Mission Malaysia, 10,000.00 naskhah muqaddam telah dapat dicetak untuk diedarkan di kampung-kampung di seluruh Kemboja sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.



 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8