FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 60 guests online

Kursus Fasilitator untuk Pemimpin Pelajar PDF Print E-mail

FGN berjaya memperolehi dana daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mengendalikan dua siri Kursus Asas Fasilitator dari kalangan pemimpin pelajar yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi di negeri Selangor Darul Ehsan.

Kursus Asas Fasilitator yang pertama disertai 48 peserta telah diadakan di Kem Latihan Belia, Bukit Lagong, Selayang pada 11-12 Disember 2009, manakala kumpulan kedua seramai 30 orang diadakan di Kem PTS, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.

Peserta yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terpuji dari kalangan 78 peserta akan dipilih untuk mengendalikan program khusus yang akan berusaha merungkai permasaalahan songsang yang amat ketara dikalangan belia masakini, supaya mereka dapat dibentuk menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara.

 

 

 

Dalam konteks modernisasi, yang mana pembangunan manusia tidak seimbang dengan pembangan fisikal, keadaan sedemikian telah mewujudkan masaalah yang kompleks dalam masyarakat – terutama sekali di kalangan pelajar-pelajar yang memasuki alam dewasa. Golongan pelajar ini amat mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti ketagihan najis dadah, aksi keganasan dan kelakuan sumbang yang amat bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan ajaran Islam.  Adengan melampau yang ditonton dalam filem dan internet banyak mempengaruhi karektor anak muda sekarang.

Oleh itu, sudah tiba masanya supaya kerja-kerja dakwah dijalankan secara sistematik untuk menghadapi pelbagai masalah sosial yang wujud dalam masyarakat kita hari ini selaras dengan ajaran Islam.  Mahu tidak mahu kita perlu tangani masalah anak muda hari ini memandangkan mereka akan menjadi pemimpin di masa akan datang.