FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
No 72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves, SELANGOR


Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Donation

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 3 guests online

Future Global Network
Mesyuarat Majlis Tertinggi UNIW ke-21 PDF Print E-mail

Mesyuarat Majlis Tertinggi UNIW telah berlangsung pada 29 Mei 2009 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah.  Antara isu utama yang dibincangkan  di dalam mesyuarat kali ini adalah berkaitan peri pentingnya Institusi Kekeluargaan dalam membangunkan masyarakat Isla m yang baik.  Isu-isu seperti pendidikan kekeluargaan, kesan media dan internet kepada institusi kekeluargaan, hak kanak-kanak dan wanita terutamanya dalam konteks pelarian dibincangkan.

Institut Keluarga Antarabangsa merupakan sebuah unit didalam struktur pentadbiran UNIW yang bertanggungjawab menjayakan agenda kekeluargaan. Isu lainyang turut dibincangkan adalah peranan NGO Islam dalam mendepani keganasan. UNIW sedang merangka modul pendidikan kepada generasi muda dalam memahami isu ini.

 
Sesi Persekolahan 2014 PDF Print E-mail

Alhamdulillah, Rohingya Education Centre (REC) yang diuruskendali oleh FGN telah memulakan sesi persekolahan pada 6 Januari 2014 di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan 13 Januari 2014 di Batu Belah, Klang, Selangor.

Pertambahan pelajar baru secara mendadak di kedua-dua buah sekolah telah memberikan cabaran yang hebat kepada pihak FGN dan pentadbiran sekolah. Walaupun dalam keadaan kelas yg agak sesak FGN tetap menerima pelajar-pelajar baru tersebut memandangkan mereka mempunyai kesedaran dan keinginan yang luar biasa untuk menuntut ilmu.

Pada masa ini FGN sedang berusaha untuk menambah bilik darjah dan juga tenaga pengajar bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut dapat belajar dengan selesa seterusnya mencapai cita-cita mereka untuk menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran. Apa yang lebih penting ialah pelajar-pelajar di REC akan dididik supaya menjadi pemimpin di masa hadapan untuk memperjuangkan nasib bangsa Rohingya.

Sehubungan itu FGN berbesar hati untuk menerima sebarang sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin untuk sama-sama membantu anak-anak pelarian Rohingya merealisasikan cita-cita mereka. Sumbangan kewangan boleh lah didepositkan terus ke akaun Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan, Bank Islam Malaysia Berhad 12 113010048535 atau hubungi kami di talian +603-61877020

 
Hari Anugerah & Kecemerlangan REC PDF Print E-mail

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dua buah Pusat Pendidikan Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) kelolaan FGN telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah dan Kecemerlangan masing-masing iaitu pada 2 November 2013 di REC Pulau Pinang dan 13 November 2013 di REC Klang. Kedua-dua buah REC ini telah mendapat bantuan dana dari UNHCR di samping dana dari Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Persembahan pelajar REC Klang

Tujuan FGN dan pihak pengurusan REC menganjurkan Hari Anugerah & Kecemerlangan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah tamat sesi persekolahan. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar akan membuat pelbagai persembahan untuk dipertontonkan kepada ibubapa dan para jemputan yang hadir. Mereka juga akan menerima sijil tamat persekolahan masing-masing. Manakala pelajar pelajar yang cemerlang akan menerima hadiah mengikut kategori yang ditetapkan seperti matapelajaran terbaik mengikut kelas, kedudukan dalam kelas dan sebagainya. Tokoh pelajar juga diisytiharkan pada hari tersebut.

Pn Nur Azlina Abdul Aziz, Pengarah Pendidikan FGN menyampaikan sijil kepada pelajar

FGN telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak dalam usaha menjayakan REC.  Pada hari tersebut Presiden Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia (MBBY) En Ahmad Redza Khairuddin telah menyerahkan buku kepada Pengerusi Lembaga Pengelola REC yang juga Pengerusi FGN  untuk Pusat Literasi REC. MBBY juga telah menyumbang dana bagi membiayai Pusat Literasi di REC Pulau Pinang dan juga di REC Klang.

Untuk menampung kos pengurusan REC sesi persekolahan 2014 yang akan datang, FGN amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak. Maklumat lanjut, hubungi pejabat FGN di talian 03-61877020

Sumbangan boleh dibuat melalui cek atas nama Future Global Network Foundation atau mendepositkan ke akaun FGN - Bank Islam Malaysia Berhad  No. akaun : 12-113-01-003041-2.

 
REC Klang PDF Print E-mail

ROHINGYA EDUCATION CENTRE (REC) YANG KEDUA TELAH DI BUKA DI BATU BELAH, KLANG SELANGOR

 

LATARBELAKANG


Rohingya merupakan kumpulan etnik minoriti Islam yang tinggal di Arakan, barat Myanmar.  Mereka sering dinafikan hak asasi, sehingga sebahagian besar mereka tidak diberikan kerakyatan oleh pemerintah Myanmar.  Mereka tertakluk kepada pelbagai jenis peras ugut seperti terpaksa membayar cukai secara arbitrari, rampasan tanah, meroboh rumah kediaman, pengusiran dan sebagainya.  Mereka digunakan sebagai buruh paksa bagi membina jalan dan bekerja di kem-kem tentera.  Masyarakat Rohingya juga tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam dan mengadakan apa jua majlis yang bercorak keagamaan.  Pemberian Zakat dan penyembelihan binatang qurban juga tidak dibenarkan kerana dikatakan menggugat ekonomi orang ramai di seluruh negara.


Pada bulan Jun 2012 yang lalu telah berlaku lagi proses pembersihan etnik Rohingya apabila masyarakat Islam Rohingya di Arakan dibunuh dan dan diusir oleh masyarakat beragama Buddha yang disokong oleh tentera pemerintah.  Akibatnya, beribu-ribu melarikan diri keluar negara termasuk Malaysia.

 

PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah membuka sekolah yang ke-2 untuk anak-anak pelarian Rohingya di Malaysia bertempat di Batu Belah, Klang Selangor. Sekolah yang telah mula beroperasi pada Ogos 2012 menerima bantuan dana dari UNHCR selaku penyumbang utama, WADAH sebagai rakan kongsi, manakala Future Global Network Foundation (FGN) dilantik sebagai pengurus projek pendidikan tersebut.  Sekolah Pertama telah mula beroperasi sejak Julai 2010 di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Klang. Status mereka sebagai anak-anak pelarian yang berhijrah dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membolehkan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan.

WADAH dan FGN merasa terpanggil untuk membantu menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak tersebut memandangkan mereka adalah pewaris generasi dan bangsa Rohingya di masa hadapan. Sebelum penubuhan REC, anak-anak ini hanya berpeluang mengikuti kelas-kelas pengajian AlQuran serta asas-asas Fardhu Ain di dua buah madrasah utama di sekitar Klang di bawah kelolaan FGN melalui bantuan dana Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Murid dan Kurikulum

Kini terdapat hampir 100 orang murid yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun yang belajar di REC Klang. Mereka sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang lebih formal dan teratur.

Kurikulum yang digunapakai adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran berserta bimbingan dan khidmat nasihat Yayasan Takmir Pendidikan (agensi pendidikan ABIM) bagi subjek-subjek akademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Sivik dan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 11

Projek Madinah An-Nur

  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur

Info Projek Perkampungan Islam

Kompleks Perkampungan An-Nur ini akan merupakan sebuah perkampungan Islam yang mendukung konsep hablumminallah wahablumminannas.  Selain daripada membangunkan tempat kediaman, perkampungan ini akan juga menyediakan prasarana yang lengkap dan menzahirkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan orang Islam yang bermastautin di situ mendalami ilmu agama disamping menunaikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi menjadi orang mukmin yang beriman dan bertakwa terhadap kebesaran Allah Subhanahuwataala.

Agensi Kerajaan, Sektor Korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan dalam bentuk cek atas nama FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION.   Resit pengecualian cukai pendapatan akan dikeluarkan (atas permintaan)

No. akaun : 12-113-01-003041-2

Nama bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Cawangan : Taman Melawati, Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman (03 - 6187 7020)

Sumbangan Derma

Agensi Kerajaan, sektor korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan melalui 2 kaedah berikut:-

1. Cek Berpalang atau Money Order atas nama “Future Global Network Foundation” dan poskan ke alamat berikut:-

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION

72-1, Tingkat 1
Jalan Prima SG 3
PRIMA SRI GOMBAK
68100 Batu Caves
Selangor

Tel : 03-6187 7020 Fax :03-6186 6020

2. Mendepositkan terus ke dalam akaun bank “Future Global Network Foundation”.  Butir-butir akaun dan maklumat bank adalah seperti berikut:-

No. Akaun: 12-113-01-003041-2

Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad

Alamat bank:

Lot 254/255, Jalan Bandar 12
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

No. Telefon:    03-41077800 / 41076842